Saturday, June 5, 2010

Satu Cinta



Cinta yang sebenar, cinta yang hakiki, adalah cinta kepada Allah semata-mata. Semoga kita termasuk dalam golongan yang dicintai-Nya selalu, dunia dan akhirat. Insya-Allah, ameen... =)
 
ku memohon
dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah
segala dosa dalam diri
ku percaya
Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku... Keimananku

ku memohon
dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah
segala dosa dalam diri
ku percaya
Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku... Keimananku

Engkau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu
ku pasrahkan

Engkau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu
ku pasrahkan

Oh tuhan
Selamatkanlah hamba ini
dari segala fatamorgana dunia

Oh tuhan
Jauhkanlah hamba ini
dari hidup yang sia-sia

Kau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu

Engkau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu

Kau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu

hanya pada-Mu
 

Puding Mangga

Bahan-bahan:
1 bungkus agar-agar
1 1/2 cawan tepung kastad (dibancuh dengan air)
1 biji buah mangga segar (dipotong kecil)
1/2 cawan gula
3 cawan air
jus pekat kordial mangga

Cara memasaknya:
1. Panaskan air dalam periuk kecil. Apabila mendidih masukkan agar-agar dan kacau.
2. Masukkan gula. Selepas itu, masukkan setengah cawan jus pekat kordial mangga.
3. Kemudian masukkan tepung kastad yang sudah dibancuh tadi. Kacau sehingga pekat.
4. Tuangkan adunan ke dalam bekas. Kemudian masukkan buah mangga yang telah dipotong kecil.
5. Akhir sekali tambahkan buah mangga di atas puding. Sejukkan selama 15-20 minit dan sedia untuk dihidangkan.

*Ada sesetengah orang selepas agar-agar dimasak dengan air. Kemudian bahan tersebut ditapis terlebih dahulu dan agar-agar yang sudah ditapis dimasak semula dan baru masukkan gula dan kacau. (kalau nak nampak selera lagi boleh tambah susu cair selepas gula itu masak). Selamat mencuba.

Jeli Laici

Bahan-bahan:
1 bungkus agar-agar
1/2 cawan gula
buah laici (dicincang kecil)
air secukupnya
kordial perisa laici

Cara membuatnya:
1. Panaskan air dalam periuk kecil. Apabila mendidih, masukkan agar-agr dan kacau.
2. Masukkan gula. Kemudian, masukkan satu cawan kordial laici dan kacau sebati.
3. Masukkan pula air laici bersama buah laici.
4. Kacau sehingga pekat. sambil tu, susun buah laici yang telah dipotong kecil ke dalam bekas yang disediakan.
5. Tuangkan adunan yang telah masak ke dalam bekas tersebut. Sejukkan adunan selama 15-20 minit dan sedia utnuk dihidangkan.

Salad Buah-buahan

Bahan-bahan:
2 biji epal merah
1 biji epal hijau
1 biji mangga kuning
setangkai buah anggur
30 biji gajus
30g kismis kuning (hiris halus)
50g sos salad buah-buahan

Caranya ialah kesemua buah-buahan dipotong kecil atau dadu. Masukkan sos salad dan kacau sebati. Kemudian masukkan kacang gajus yang dihancurkan dan masukkan dalam peti sejuk untuk 8-15 minit siap untuk dihidangkan.

Kubis Goreng

Kebanyakan resepi yg ada dalam blog ni yang mudah-mudah sahaja. Kalau kesuntukan masa biasa masak yang mana mudah sahaja. Nak masak ni ada teknik dia, kalau masak pakai main redah je..hilangla kualiti tu walaupun masakan yang mudah disediakan. Jadi, kalau nak belajar memasak yang penting kena ade teknik baru masakan jadi sedap.

Bahan-bahan:
50g kubis bulat (dibasuh dan dihiris)
3 ulas bawang merah (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
20g ikan bilis
3 biji lada besar (dihiris)
Garam halus
Minyak masak
1 biji telur

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. (Kena kawal api sama sebab bawang putih biasanya cepat garing)
2. Masukkan cili besar dan kacau hingga naik bau wangi.
3. Masukkan kubis yang telah dihiris.
4. Masukkan telur dan kacau.
5. Perasakan dengan garam dan sedia untuk dihidangkan.

Daging Masak Merah

Bahan A:
-1/2 sudu makan sos tiram
-1/2 sudu makan sos cili
-1/2 sudu makan cili kisar
-1/4 sudu teh kicap pekat
-10g bawang putih
-5g serai
-5g halia

Bahan B:(potong dadu)
-Cili merah
-Bawang besar

Cara memasak:
1. Bawang putih, serai, halia dikisar halus dan ditumis sehingga bau wangi.
2. Masukkan sebahagian lagi bahan A dan dikacau sehingga 10 minit.
3. Gorengkan daging dan asingkan.
4. Masukkan daging dan bahan B ke dalam bahan A yang telah siap dimasak tadi.

*Daging tu ikut selera la nk wt cmne pun. Nak rebus pun sedap atau nak goreng pun ok jgak..

Simple Tom Yam Seafood

Bahan A:
-1 sudu makan pes tom yam
-10g sos cili
-10g sos tomato
-5g sos ikan

Bahan B:
-50g sotong
-50g udang

Bahan C:
-Daun limau
-Cili padi
-Cili merah + bawang besar
-Lobak merah
-Jagung muda
-Tomato

Cara-cara:
1. Rebuskan sotong dan udang selama lima minit dan asingkan.
2. Tumiskan Bahan C sehingga naik bau dan masukkan semua bahan A dan biarkan selama 5-8 minit.
3. Masukkan pula Bahan B yang direbus. Kacau dan tuangkan ke dalam mangkuk untuk dihidangkan.