Thursday, August 18, 2011

Kesabaran Menguji Tahap Keimanan Seseorang.

Salam mukadimah pemula bicara, sudah lama tak 'update' blog ni. Maklumlah blog ini dah macam satu tempat bagi ku untuk meluahkan perasaan aku yg tak berapa nak stabil. Kalau ditanya pada detik ini, alhamdulillah, aku memanjat kesyukuran kerana aku dah berjaya melalui ujian, cabaran, godaan, suka, duka, sedih, menyebabkan hati aku tidak berapa nak sihat.HaTi tiKah xBeRaPa NaK siHaT!! inilah dia..apa-apa yang datang jangan mudah mengalah. Apa yang aku buat sepanjang bulan2 ini selpas final exam bln 5, aku beranikan diri aku untuk menerima ujian2 tu sambil aku berkata pada diri ini, bahawa aku tahu diriku seorang hamba yang lemah, hina, dan dina, siapalah aku??mereka itu mungkin lebih baik daripada aku. Mereka2 itu buat begitu mungkin kerana nak menguji tahap kelatahan dan ketahanan aku. SABAR itu yang aku cuba pegang. Takkan aku melatah dan kecik hati dengan perangai2 manusia ini. KESABARAN sangat penting. Aku cuma berdoa mengharapkan ujian2 ini membawa hikmah dan pengajaran buat aku yang masih merangkak sendirian untuk berdiri di dunia ini. Ya ALLAH, semoga Engkau berikanlah sifat kekuatan dan ketabahan dalam diri ku ini, jauhkanlah diriku dari perkara2 maaruf dan tunjukkilah daku jalan-jalan kebaikan yang Engkau redhai. Tetapkanlah hati ini agar berpegang pada ad-din ini, dan janganlah Engkau membolak-balikkan hati ini. Engkau berikanlah kebaikan dan kemudahan di atas setiap sesuatu musibah yang Engkau berikan.Amin Ya Rabb.

Monday, May 16, 2011

Sooner or later..

Lakukan sesuatu bukan kerana duit, 
bukan kerana pangkat,
bukan kerana darjat.
Bekerjalah bukan untuk cari duit,
tapi untuk berbakti.
Berniagalah bukan untuk mencari untung,
tapi untuk memberi khidmat.
Belajarlah, bukan untuk muncul menjadi cemerlang dalam peperiksaan tapi untuk menguasai ilmu sedalam mungkin.
Menyanyilah bukan untuk jadi popular,
tapi untuk menghiburkan orang.
Bertolong2lah seseorang bukan kerana mahukan sesuatu,
tapi untuk meringankan beban.
Apa yang kita tanam hari ini,
akan dapat kita tuai di masa depan,
kita tolong orang dalam kesusahan hari ini,
bila kita susah pla, ada orang yg akan bantu kita,
'What u give today, u will get back now, soon or later"

Saturday, April 2, 2011

Sakit itu Penebus DOSA...















Betapa berat nak tanggung kesakitan...
Betapa lama nak tunggu sakit kembali sembuh...
Ya ALLAH, sesungguhnya aku kembali mengingati-MU..
Aduhai, betapa sedihnya, bila dah sakit baru nak mengingatiNYA lebih...
Ya ALLAH, hanya padaMU sahaja yang mengetahui betapa berat kesakitan ini...
Aku malu pada diriku, kerna aku hampir lalai dengan kehidupanku...
Aku semakin alpa kepadaMU....















Ya ALLAH, Ya RABBUL 'ALAMIN...
Aku bersyukur kerana mengingatkanku agar xlepas dari pandanganMU...
Ya..aku hanyalah milik-MU...
Siapalah aku ini untuk hidup kalau bukan beribadah kepadaMU..
Ya ALLAH...


Ampunkanlah dosa ku kepada MU YA ALLAH, Dosa kepada kedua ibu dan bapa ku..Dosa kepada guru2 ku..Dosa kepada jiran tetangga...Dosa kepada kawan2 ku..Dosa kepada abang, kakak, adik-adik sekaliannya..serta seluruh makhlukMU aku memohon maafkan segala kesilapan dan kesalahan ku samada dari zahir dan batin....
Ya ALLAH...sembuhkanlah segala penyakit supaya menjadi penawar dalam hidup ini..]
Berilah peluang kepada ku untuk mengingati  dan merinduiMU Ya ALLAH..Engkaulah tempat ku berharap dan bergantung harapan..Sesungguhnya Hidup dan Mati ku Hanya Pada MU YA ALLAH...

Suatu hari, Rasulullah S.A.W menziarahi Ummu Sa’ib yang sedang sakit. Apabila sampai di rumahnya, Rasulullah S.A.W bertanya, “Kenapa kamu menggigil Ummu Sa’ib?” Beliau menjawab, “Saya sakit demam, semoga Allah tidak memberkati demam ini.” Lalu Rasulullah S.A.W menegur, “Janganlah kamu mencela sakit demam, kerana ia akan menghapuskan dosa-dosa anak adam seperti mana pemanas besi dapat menghilangkan karat-karat besi.” Hadith riwayat Muslim.
__________________________________________________________________________________

Ayatul KURSI..

SINAR CAHAYA AYAT KURSI
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
 Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
 setiap perbuatan orang yang benar,  pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

AMIN......
 
~Mari Beramal Bersama-sama~

10 DARIPADA 33...

10 Surah Yang Amat Mujarab Diamalkan

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,
"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya."
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda :

"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya."
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah :
"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."

Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu."

Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,
"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali."

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :
"Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."


9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan :
"Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali."



10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.



Dengan Nama ALLAH.....

MUKJIZAT KALAM `BISMILLAH`

http://i229.photobucket.com/albums/ee157/shimo_alex/Islamic/U11P_4uVlUcuifd.jpg

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH



http://i7.tagstat.com/image06/a/5eaf/0050051CBWL.gif

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail...

2. ' BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Masud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca...


http://i7.tagstat.com/image03/0/e510/000W052gekg.jpg
  

RASULLULLAH SAW BERSABDA:
'siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya... maka dia akan beroleh pahala, walaupun sudah meninggal dunia'... MasyaAllah!!

Jom Bermuhasabah Diri INI..

FADHILAT BERISTIGHFAR
 
http://j0.tagstat.com/image04/1/2e91/00kj052IiWh.jpg
a. Sabda Rasulullah SAW :
"Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak dari muda-muda lagi.
Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari.
Baginda sendiri melakukannya >100x sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b. Sabda Rasulullah SAW :
"Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita dan sifat hazan bererti berdukacita" !

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda semata2. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.

Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata/percakapan yang baik.
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah (senyuman)
 Juga diutamakan kepada ahli keluarga.

Rasulullah SAW pernah bersabda:
 "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."

Terdapat sebuah syair Arab berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, hanya maniskan wajah, lembutkan lidah."

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW, marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri kita masing2. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke api neraka, maka eloklah kita mengubah sifat tersebut mulai dari sekarang.
 
Sabda Rasulullah SAW:
"Sampaikanlah...walau hanya sepotong ayat"

Oleh itu... berpesan2lah sesama kita untuk kebaikan, kebahgiaan serta kejayaan di dunia dan akhirat...
InsyaAllah... Amin !!

Indahnya menjadi WANITA..


Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa.

Aku membuat bahunya cukup kuat untuk
mengoncang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,

bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik tidak akan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kekadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu kecantikan seorang wanita

bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan
atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya...

Tempat dimana cinta itu ada."



Kepada kaum lelaki,

supaya mereka sedar dan ingat
akan kecantikan wanita mereka yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata. Selamilah hati wanita mu..
dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik...

Jadi peliharalah dirimu dari anasir2 luar..


Bila ADAM dan HAWA bertemu..




http://i4.tagstat.com/image02/2/aa3d/000e051oGEZ.jpg

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa
dari tulang rusuk Adam yang bengkok
(tugasnya untuk melindungi Qalbu
dari sisi yang kedua)


Ini bermakna
Allah mencipta Wanita
adalah untuk menjaga dan melindungi qalbu (jantung, hati nurani)
... selalu berinteraksi dengan perasaaan & hati


Menyebabkan
Wanita boleh menjadi seorang ibu
yang penuh dengan kasih sayang...
seorang saudari yang penyantun...
seorang puteri yang manja dan
seorang isteri yang penurut !!

Wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok itu
seperti yang dikabarkan oleh
Nabi Muhammad SAW,
“Jika seorang lelaki meluruskan tulang yang bengkok itu secara  kasar... keras (serta merta)
maka dia akan mematahkannya.”


Maksud nya:
Kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita
yang boleh mengalahkan
perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai lelaki...
janganlah merendahkan perasaan wanita
kerana mereka sememangnya
diciptakan seperti itu.


Apabila seorang wanita mengatakan
dia sedang bersedih,
tetapi tidak menitikkan airmata...
Ini berarti hatinya sedang menangis


Apabila dia tidak menghiraukan kamu
setelah kamu menyakiti hatinya,
Lebih baik ia diberi waktu
untuk menenangkan hati dan jiwanya
sebelum kamu meminta maaf


Perkara yang paling sulit bagi seorang wanita ialah untuk mencari sesuatu yang dia benci
dari orang yang dia sangat sayangi...


Sementara Adam diciptakan dari tanah,
dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu...


Renung-renungkanlah....

Ibu..ku..ibu mu..

Pernah aku ditegur ibu... Katanya untuk kebaikan
Pernah aku dimarahi...  Katanya membaiki kelemahan
Pernah aku diminta membantu... Katanya supaya aku pandai

Ibu…..
Pernah aku merajuk... Katanya aku manja
Pernah aku melawan... Katanya aku degil
Pernah aku menangis... Katanya aku lemah

Ibu…..
Setiap kali aku tersilap... Ibu  menghukum aku dengan nasihat
Setiap kali aku kecewa... Ibu bangun di malam sepi lalu bermunajat
Setiap kali aku dalam kesakitan... Ibu ubati dengan penawar dan semangat
dan
Pabila aku mencapai kejayaan... Ibu berkata `bersyukurlah kepada Allah`

Namun Ibu…..
Tidak pernah aku lihat air mata dukamu... Mengalir di pipimu
Begitu kuatnya dirimu…




Kalau Dahi 'Tak' Mencecah Sejadah

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan

Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai

Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah



Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?


Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat


Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’


Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi


Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan



Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan


Justeru bila DIA menyeru, sambutlah seruan-NYA
Sebelum DIA memanggilmu buat kali yang terakhirnya



Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti



Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat



Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat


Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia



Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan



Pada hari itu tiada berguna Harta, takhta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia…



http://j6.tagstat.com/image03/3/69e3/001A053ASDz.jpg

99 Nama Allah

 Sifat-sifat Alllah yang tercantum dalam asmaul husna ( nama-nama Allah yang baik ).

1. Allah : Lafazh yang Maha Mulia yang merupakan nama dari Dzat Tuhan.
2. Ar-Rahman : Maha Pengasih.
3. Ar-Rahim : Maha Penyayang.
4. Al-Malik : Maha Merajai.
5. Al-Quddus : Maha Suci.
6. As-Salam : Maha Menyelamatkan.
7. Al-Mukmin : Maha Pemelihara Keamanan.
8. Al-Muhaimin : Maha Penjaga.
9. Al-Aziz : Maha Mulia.
10. Al-Jabbar : Maha Perkasa.
11. Al-Mutakabbir : Maha Megah.
12. Al-Khalik : Maha Pencipta.
13. Al-Bari : Maha Pembuat.
14. Al-Mushawwir : Maha Pembentuk.
15. Al-Ghaffar : Maha Pengampun.
16. Al-Qahhar : Maha Pemaksa.
17. Al-Wahhab : Maha Pemberi.
18. Ar-Razzaq : Maha Pemberi Rizki.
19. Al-Fattah : Maha Membukakan.
20. Al-Alim : Maha Mengetahui.
21. Al-Qabidh : Maha Pencabut.
22. Al-Basith : Maha Meluaskan.
23. Al-Khafidh : Maha Menjatuhkan.
24. A-Rafi : Maha Mengangkat.
25. Al-Muiz : Maha Pemelihara Keamanan.
26. Al-Mudzil : Maha Pemberi Kehinaan.
27. As-Sami : Maha Mendengar.
28. Al-Bashir : Maha Melilhat.
29. Al-Hakam : Maha Menetapkan Hukum.
30. Al-Adl : Maha Adil.
31.Al-Lathif : Maha Halus.
32. Al-Khabir : Maha Waspada.
33. Al-Halim : Maha Penghiba.
34. Al-Azhim : Maha Agung.
35. Al-Ghafur : Maha Pengampun.
36. Asy-Syakur : Maha Pembalas.
37. Al-Aliy : Maha Tinggi.
38. Al-Kabir : Maha Besar.
39. Al-Hafizh : Maha Pemelihara.
40. Al-Muqit : Maha Pemberi Kecukupan.
41. Al-Hasib : Maha Penjamin.
42. Al-Jalil : Maha Luhur.
43. Al-Karim : Maha Pemurah.
44. Ar-Raqib : Maha Peneliti.
45. Al-Mujib : Maha Mengabulkan.
46. Al-Wasi : Maha Luas.
47. Al-Hakim : Maha Bijaksana.
48. Al-Wadud : Maha Pencinta.
49. Al-Majid : Maha Mulia.
50. Al-Baits : Maha Membangkitkan.
51. Asy-Syahid : Maha Menyaksikan atau Maha Mengetahui.
52. Al-Haq : Maha Haq Maha Benar.
53. Al-Wakil : Maha Memelihara Penyerahan.
54. Al-Qawiy : Maha Kuat.
55. Al-Matin : Maha Kokoh atau Perkasa.
56. Al-Waliy : Maha Melindungi.
57. Al-Hamid : Maha Terpuji.
58. Al-Muhshi : Maha Penghitung.
59. Al-Mubdi : Maha Memulai.
60. Al- Muid : Maha Mengulangi.
61. Al-Muhyi : Maha Menghidupkan.
62. Al-Mumit : Yang Mematikan.
63. Al-Hay : Maha Hidup.
64. Al-Qayyum : Maha Berdiri Sendiri.
65. Al-Wajid : Maha Kaya.
66. Al-Majid : Maha Mulia.
67. Al-Wahid : Maha Esa.
68. Ash-Shamad : Maha Dibutuhkan.
69. Al-Qadir : Maha Kuasa.
70. Al-Muqtadir : Maha menentukan.
71. Al-Muqaddim : Maha Mendahulukan.
72. Al-Muakhir : Maha Mengakhirkan atau Membelakangkan.
73. Al-Awwal : Maha Pertama.
74. Al-Akhir : Maha Penghabisan.
75. Azh-Zhahir : Maha Nyata.
76. Al-Bathin : Maha Tersembunyi.
77. Al-Wali : Maha Menguasai.
78. Al-Mutaali : Maha Suci.
79. Al-Bar : Maha Dermawan.
(). At-Tawwab : Maha Penerima Taubat.
81. Al-Muntaqim : Maha Penyiksa.
82. Al-Afuw : Maha Pemaaf.
83. Ar-Rauf : Maha Pengasih.
84. Malikul-Mulk : Maha Menguasai Kerajaan.
85. Dzuljalali Wal Ikram : Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.
86. Al-Muqsith : Maha Mengadili.
87. Al-Jami : Maha Mengumpulkan.
88. Al-Ghaniy : Maha Kaya.
89. Al-Mughni : Maha Pemberi Kekayaan.
90. Al-Mani : Maha Membela atau Maha Menolak.
91. Adh-Dhorru : Maha Pemberi Bahaya.
92. An-Nafi : Maha Pemberi Kemanfaatan.
93. An-Nur ; Maha Bercahaya.
94. Al-Hadi : Maha Pemberi Petunjuk.
95.Al-Badi : Maha Pencipta Yang Baru.
96. Al-Baqi : Maha Kekal.
97. Al-Warits : Maha Pewaris.
98. Ar-Rasyid : Maha Cendekia.
99. Ash-Shabbur : Maha Penyabar.

Itu TEMAN..

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
’Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, bila mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya" (H.R al-Hakim)

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya."

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: "Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya" (H.R Abu Daud)

Friday, February 25, 2011

Challenging for this moment...

what is going on?
hoo..i do not know how to realize what i am thinking about..
it is too many...
it is too big picture...
why it goes around in my mind.. ?
what should i do?
does i need to plan what i am thinking...yes..no...alright...maybe...
erghh...try to think positive..
please, i need some air for refreshment...
i need water to calm...
i need food to eat..
i need friends for networking...
i need motivation to be strongly...
i need family to be loving...
i need...to do things what i am planning....
Ctohtoatontogtoe...try to spell it out, guys..



the word of CHANGE....
do not refuse to change my planned...hurm..
it was my mind..
think positive in all ways...
that's aLL..thank you, guys..

Thursday, February 10, 2011

29-1hb Febuari 2011

Kursus Destini Kenegaraan untuk badan beruniform bagi peringkat universiti UiTM. Selama 4 hari kami berkampung di Shah Alam. Lokasinya Dewan Sri Budiman, Fakulti Sains Gunaan, Padang kawad, kolej Mawar dan Pusat Sukan. terdapat 20 kumpulan yang terdiri daripada 30 orang pelajar. Walaupun aku pernah mengikuti kursus destini pada cuti akhir semester 5 yang lepas, aku ikut lagi sem ini dgn keluarga SISPA yg ku sayang. Tentulah dgn adik2 ku ini. Sepanjang perjalanan program ini, walaupun ada sedikit kesukaran dan gangguan namun program tetap diteruskan seperti dalam tentatif program. Kebetulan pula pada hari terakhir adalah hari sambutan Le Tour De Langkawi memang best sangat sebab dapat peluang tengok depan mata sendiri event itu. Tapi dot..dot..lepas game pertama volleyball sambil menunggu game kedua, aku duduk tepi geng power rangers nak tepon mak aku. Bagai jantung nak terkeluar dari badan plak mase tue, bila aku dapat tahu adik aku, eksiden langgar divider jalan...air mata aku nangis sangat2 sebab ada orang kata dia xsedar mase tu...hurm...aku nangis sambil doakan agar Allah selamatkan adik aku ini. Aku sayang dia, janganlah ambil nyawanya lagi. Aku sayang adik aku walaupun aku tak pernah cakap kat diorang. Sambungan....

26 Januari 2011

Pada petang tersebut, kami (budak2 SISPA) terkejut apabila salah seorang dari rakan kami terpaksa pulang ke kampung lebih awal sebelum cuti semester. Malam itu, selepas solah maghrib kami berkumpul beramai2 di surau raffleaia utk menunaikan solah hajat utk rakan2 yg di dalam kesusahan. Sebelum acara solat hajat, seorang antara heros SISPA Puncak Alam, telah menyampaikan sedikit tazkirah dan perkongsian ilmu agama. Syukur, Alhamdulillah, kami semua terkejut sbb x sangka ada insan ini dalam keluarga kami. Kami membuat solah hajat utk ibu bapa kami agar sentiasa sihat dan dijauhkan penyakit, utk kami sebagai pelajar dan sebagai seorang anak, abang dan kakak kepada adik-beradik. kami bersurai pada jam 10.30 malam. Tapi, dalam perjalanan nak pulang ke kolej, tetiba telefon nadiah berbunyi, kawan dia kata adik aku terjatuh dalam bilik air. Aku dgn nadiah pun bergegas pergi ke kolej dila di R3..sangat jauh tapi takpe sbb nk pegi tgk org sakit. Dalam perjalanan aku sempatla singgah koperasi, beli roti dgn air soya. Lepas tu, truskan perjalanan ke R3. Dah sampai kat umah sape ntah, yang pasti umah yg ak xkenal. Ak tgk dr tingkap, asal plak ramais org kat umah tu..risau betul aku..apa dh jadi kt dila? aku pun tertanya2...dorang suruh aku masuk bilik..dan bila aku masuk jek aku nampak ramai manusia yg duduk dalam kegelapan dan salah seorangnya memegang kek..rupa2nya mereka nak buat surprise...sgtla mjdi separuh..separuh lg aku rs was2 pn ada jgk..ok la tu..sambut ulangtahun kelahiran awal sebelum harinya. Terima kasih banyak2 kepada dila dan kawan2nya..kerana terpaksa berlakon secara beramai2...Thanks to u all, may Allah bless you. Amin~