Thursday, August 18, 2011

Kesabaran Menguji Tahap Keimanan Seseorang.

Salam mukadimah pemula bicara, sudah lama tak 'update' blog ni. Maklumlah blog ini dah macam satu tempat bagi ku untuk meluahkan perasaan aku yg tak berapa nak stabil. Kalau ditanya pada detik ini, alhamdulillah, aku memanjat kesyukuran kerana aku dah berjaya melalui ujian, cabaran, godaan, suka, duka, sedih, menyebabkan hati aku tidak berapa nak sihat.HaTi tiKah xBeRaPa NaK siHaT!! inilah dia..apa-apa yang datang jangan mudah mengalah. Apa yang aku buat sepanjang bulan2 ini selpas final exam bln 5, aku beranikan diri aku untuk menerima ujian2 tu sambil aku berkata pada diri ini, bahawa aku tahu diriku seorang hamba yang lemah, hina, dan dina, siapalah aku??mereka itu mungkin lebih baik daripada aku. Mereka2 itu buat begitu mungkin kerana nak menguji tahap kelatahan dan ketahanan aku. SABAR itu yang aku cuba pegang. Takkan aku melatah dan kecik hati dengan perangai2 manusia ini. KESABARAN sangat penting. Aku cuma berdoa mengharapkan ujian2 ini membawa hikmah dan pengajaran buat aku yang masih merangkak sendirian untuk berdiri di dunia ini. Ya ALLAH, semoga Engkau berikanlah sifat kekuatan dan ketabahan dalam diri ku ini, jauhkanlah diriku dari perkara2 maaruf dan tunjukkilah daku jalan-jalan kebaikan yang Engkau redhai. Tetapkanlah hati ini agar berpegang pada ad-din ini, dan janganlah Engkau membolak-balikkan hati ini. Engkau berikanlah kebaikan dan kemudahan di atas setiap sesuatu musibah yang Engkau berikan.Amin Ya Rabb.