Thursday, July 1, 2010

Satu Julai 2010 bersamaan 19 Rejab

Selang beberapa hari lagi akan bermulanya tugas dan tanggungjawab. Setelah dikira-kira masa menjadi terlalu pantas. Sedar tak sedar dah masuk pertengahan tahun 2010, dan masuk bulan Rejab. Selamat datang semester baru. Sesungguhnya banyak perkara yang bermain2 di mindaku. Pertama2nya ku bersyukur kerana masih mendapat kemudahan dan keselamatan yang terjamin. Berbanding dgn rakan2 ku mereka xberpeluang lagi utk merasai nikmat spt ini. Sabar kawan2 kita pun dah nak abis, masing2 bley timba pengalaman hidup di luar. Semester ini ku mengandaikan terlalu berat dgn tanggungjawab...segala2nya tentang masa. Adakah ku boleh bg komitment sepenuhnya? Pengurusan masa adalah penting.

Ak berdoa agar senantiasa diberi kekuatan emosi dan fizikal. Kerana cukuplah bagiku 2 semester yg lepas ak mghadapi ujian yg mencabar dalam hidup ku, pelbagai ujian yg menyebabkan aku tertunduk pada kelemahan diri sendiri. Sudah ku nekad semester baru, membuka buku baru. Pengalaman2 masam dan pahit yang ku telan akan ku buat yang terbaik. Dan aku tak akan menangis lagi spt semester2 yg lepas. Aku bersyukur kerana dapat belajar. Terima kasih ku ucapkan kpd senior2 ak. Cukup berbaloi pengorbanan kalian. Kalian menyebabkan hatiku dan emosiku yang lemah menjadi kuat. Banyak perkara yg ak belajar. Selama itu, ak byk belajar utk terpaksa menerima simulasi yang ak TAK NAK dalam hidupku. Aku terpaksa terima dgn kata 'YA'. Keadaan itu menyebabkan aku telan..yep aku telan dgn sabar..aku simpan dgn baik.. spy simulasi yg dihadapi tak akan bertambah rumit. Tahniah kerana kalian berjaya mendidik secara xlangsungkan. Aku akan anggap sejarah lama TAK AKAN berulang tp sering mengingatinya spy perkara2 yg ak alami tidak terjadi lagi. Sudahlah, biarkan perkara yang lalu, sekarang pandang pada masa akan datang. Harapanku biarla masa akan datang dapat ak lalui dgn cara yg baik. Bak kata Angah, masa bila lg nak blaja 'Tabah dan Berdikari' dlm hidup. Inilah masa utk blaja merasai dan menguruskan segala2nya sebelum ko kluar utk bdepan dgn kehidupan yg belum tentu akan ikut spt apa yg ak rancang. Yeap, aku tak akan mudah kalah. Pengalaman selama sebulan bersama Angah sememangnya byk memotivasi dan membuka mata ku. Aku mulai faham apa itu Perancangan, Pengorbanan, Tabah, Sabar dan Berdikari...kenapa org len nampak cool spt tak de masalah..tp bila ditanya sape yg kate dorg tak de masalah. Masing2 ada masalah.. u juz go tru it..wat n how does matters it would be,..nothing can persuade u...u make changes urself not by d others...belief urself...u can do it...May Allah swt bless me always..give forgiveness and make forgiveness..
Wassalam..