Thursday, February 10, 2011

29-1hb Febuari 2011

Kursus Destini Kenegaraan untuk badan beruniform bagi peringkat universiti UiTM. Selama 4 hari kami berkampung di Shah Alam. Lokasinya Dewan Sri Budiman, Fakulti Sains Gunaan, Padang kawad, kolej Mawar dan Pusat Sukan. terdapat 20 kumpulan yang terdiri daripada 30 orang pelajar. Walaupun aku pernah mengikuti kursus destini pada cuti akhir semester 5 yang lepas, aku ikut lagi sem ini dgn keluarga SISPA yg ku sayang. Tentulah dgn adik2 ku ini. Sepanjang perjalanan program ini, walaupun ada sedikit kesukaran dan gangguan namun program tetap diteruskan seperti dalam tentatif program. Kebetulan pula pada hari terakhir adalah hari sambutan Le Tour De Langkawi memang best sangat sebab dapat peluang tengok depan mata sendiri event itu. Tapi dot..dot..lepas game pertama volleyball sambil menunggu game kedua, aku duduk tepi geng power rangers nak tepon mak aku. Bagai jantung nak terkeluar dari badan plak mase tue, bila aku dapat tahu adik aku, eksiden langgar divider jalan...air mata aku nangis sangat2 sebab ada orang kata dia xsedar mase tu...hurm...aku nangis sambil doakan agar Allah selamatkan adik aku ini. Aku sayang dia, janganlah ambil nyawanya lagi. Aku sayang adik aku walaupun aku tak pernah cakap kat diorang. Sambungan....