FADHILAT BERISTIGHFAR

a. Sabda Rasulullah SAW :
"Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak dari muda-muda lagi.
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak dari muda-muda lagi.
Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari.
Baginda sendiri melakukannya >100x sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
b. Sabda Rasulullah SAW :
b. Sabda Rasulullah SAW :
"Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita dan sifat hazan bererti berdukacita" !
c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda semata2. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata/percakapan yang baik.
1. Tuturkata/percakapan yang baik.
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah (senyuman)
3. Memaniskan wajah (senyuman)
Juga diutamakan kepada ahli keluarga.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."
Terdapat sebuah syair Arab berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, hanya maniskan wajah, lembutkan lidah."
"Nak buat baik, sangatlah mudah, hanya maniskan wajah, lembutkan lidah."
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW, marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri kita masing2. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke api neraka, maka eloklah kita mengubah sifat tersebut mulai dari sekarang.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sampaikanlah...walau hanya sepotong ayat"
Oleh itu... berpesan2lah sesama kita untuk kebaikan, kebahgiaan serta kejayaan di dunia dan akhirat...
InsyaAllah... Amin !!