Friday, May 28, 2010

Simple Chicken Chop N Sos Mayonis

Sebagai langkah percubaan, apa kata cuba buat seketul ayam dulu.

Bahan-bahan Chicken Chop:
-Ayam yang sudah dipotong, dibuang tulang dan dibersihkan.
-Tepung
-Serbuk Roti (bread crumbs)
-1 biji telur (dipukul)
-Serbuk cili *kalau suka pedas
-Lada sulah
-Garam


Bahan-bahan sosnya:
-Lobak merah
-Kubis
-Seulas bawang merah }ketiga-tiga bahan di atas dihiris halus
-3 sudu besar mayonis
-Lada sulah dan garam
-Ubi kentang yg digoreng @(3Figure Wedges of ubi keledek, ada resepi dia cari dlm post)

Cara masakannya:
1. Potong ayam (buat macam nak kelar ikan) dan salut tepung. Kemudian angkat dan celupkan ke dalam telur. Selepas itu, taburkan serbuk roti.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.
3. Campurkan ketiga-tiga bahan (Lobak merah, kubis dan bawang merah yang telah dihiris. Sebatikan dengan mayonis dan perasakan dengan lada sulah dan garam.
4. Hidangkan ayam goreng, sos mayonis dan ubi kentang yang digoreng ke dalam pinggan bersama sos cili. Siap untuk dimakan.