Friday, May 28, 2010

Kengsum Ikan Seyonyok

Ana pun belum pernah mencuba resepi ni. Nak jumpa ikan ni pun tak pernah apatah lagi membuatnya. Ikan senyonyong penah jugak la. Kalau ikan Nyonyok belum penah jumpa lagi. Tapi, bila dilihat cara memasaknya nampak agak mudah sahaja. InsyaAllah kalau ada kesempatan masa di rumah ana akan cuba walaupun bukan jenis ikan nyonyok.

Bahan-bahan:
-1kilo ikan nyonyok
-1/2 biji nanas (dipotong/hiris kecil)
-1 ikat kecil daun selasih
-100g cili padi
-20 biji bawang putih
-1 sudu belacan
-Seinchi lengkuas
-Seinchi kunyit hidup
-Semangkuk besar air asam jawa
-Garam, gula, pati ayam dan air secukupnya

Cara memasaknya:
1. Cili padi, bawang putih, belacan, lengkuas, kunyit dan sedikit air, dikisar sehingga hancur. (Tapi lagi best kalau bahan-bahan ni ditumbuk)
2. Kemudian, masukkan bahan kisar ke dalam periuk diikuti air asam jawa, nanas dan ikan. (Ini cara masak ni perlukan stepnya juga spy nanas dan ikan tak mudah hancur)
3. Akhir sekali bila dah mendidih mengelegak tu baru la masuk perasa garam, pati ayam dan gula. (klu xnk rasa asli, xletak gula pn xpa)
4. Sebelum angkat, masukkan daun selasih dan kacau. (boleh ganti dgn daun kesum pn ok jgk)
5. Siap untuk dihidang.