Saturday, June 5, 2010

Kubis Goreng

Kebanyakan resepi yg ada dalam blog ni yang mudah-mudah sahaja. Kalau kesuntukan masa biasa masak yang mana mudah sahaja. Nak masak ni ada teknik dia, kalau masak pakai main redah je..hilangla kualiti tu walaupun masakan yang mudah disediakan. Jadi, kalau nak belajar memasak yang penting kena ade teknik baru masakan jadi sedap.

Bahan-bahan:
50g kubis bulat (dibasuh dan dihiris)
3 ulas bawang merah (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
20g ikan bilis
3 biji lada besar (dihiris)
Garam halus
Minyak masak
1 biji telur

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. (Kena kawal api sama sebab bawang putih biasanya cepat garing)
2. Masukkan cili besar dan kacau hingga naik bau wangi.
3. Masukkan kubis yang telah dihiris.
4. Masukkan telur dan kacau.
5. Perasakan dengan garam dan sedia untuk dihidangkan.