Saturday, June 5, 2010

Puding Mangga

Bahan-bahan:
1 bungkus agar-agar
1 1/2 cawan tepung kastad (dibancuh dengan air)
1 biji buah mangga segar (dipotong kecil)
1/2 cawan gula
3 cawan air
jus pekat kordial mangga

Cara memasaknya:
1. Panaskan air dalam periuk kecil. Apabila mendidih masukkan agar-agar dan kacau.
2. Masukkan gula. Selepas itu, masukkan setengah cawan jus pekat kordial mangga.
3. Kemudian masukkan tepung kastad yang sudah dibancuh tadi. Kacau sehingga pekat.
4. Tuangkan adunan ke dalam bekas. Kemudian masukkan buah mangga yang telah dipotong kecil.
5. Akhir sekali tambahkan buah mangga di atas puding. Sejukkan selama 15-20 minit dan sedia untuk dihidangkan.

*Ada sesetengah orang selepas agar-agar dimasak dengan air. Kemudian bahan tersebut ditapis terlebih dahulu dan agar-agar yang sudah ditapis dimasak semula dan baru masukkan gula dan kacau. (kalau nak nampak selera lagi boleh tambah susu cair selepas gula itu masak). Selamat mencuba.